Tuesday, 2 August 2016

siapa aku?




           Kadang2 aku semacam tak boleh hadam. Siapa aku? aku ini produk mereka ;baca IBUBAPA yang di cipta untuk apa? Semakin aku mahu buktikan apa yang aku ada , semakin itu lah aku tak faham siapa aku. Aku lahir dalam keluarga yang di belenggu stigma kemelayuan yang tebal. Nak berjaya kena belajar pandai. Nak bahagia kena jadi manusia sempurna. Setakat waktu ini, tak pernah lagi aku dengar suara dari mereka ;baca ibubapa dan kakak "kami sokong". Tak pernah. Mungkin bicara aku ini semacam suara seorang remaja yang realitinya aku sudah pun tua. Aku tak punya waktu mahu lepaskan apa yang berselaput dalam hati ni. Sumpah setakat ini, aku hanya bercerita tentang aku dan kisah keluarga pada sorang manusia sahaja. Dia masih di Ostrali. Manusia yang tak pernah lari dari aku yang sakit ni.

        Dalam keluarga aku selalu di puji. "kau takde otak" "kau tak betul" "kau sakit" "otak kau ada masalah". Terima kasih mak..along..abah. Walau abah tak pernah ungkapkan puji-pujian semacam tu, tapi aku tahu..jauh dalam tubuh dia..dia tak percaya aku.
 
       Aku berangan. Berangan punya pulau.Yang aku sendiri dirikan syurga. Aku mahu buktikan yang aku masih lagi ada jiwa. Biar bukan pada keluarga. Sebelum apa2, aku nak korang semua tahu, aku masih lagi sakit. Tumor yang belum lagi sembuh. Aku tak perlu rawat sakit ni. Kerana sakit ini lah peneman aku di waktu sunyi. Berbicara tentang hidup tentang mati.




Monday, 1 August 2016

angkasa tak lepas

Saat kau dan mereka terus melangkah,
aku masih lagi terpasak kaku.
Tak tahu mahu kanan mahu kiri.
Saat kau dan mereka bermain warna ,
aku masih 1 warna.
Dan saat kau dan mereka pergi dan kembali,
aku cuba untuk pergi lalu tak kembali.
Tak punya cita aku buang impian,
cuma satu , ingin hidup di angkasa.
angkasa buatan sendiri.


 

daerah sendiri



  daerah sendiri


Mana darat lautan yang makmur?
Ketika aku sendiri tak pernah rasa lemas.
Dan mana susur yang bisa bikin aku pulang kembali?
Di waktu aku sendiri sesat lalu khayal.
Aku ingin mati lalu hidup kembali..hidup.
Mahu jadi sebahagian putaran karma.
Tuhan,Kau maha tahu.
Tahu aku. Lihat aku.
Di waktu aku masih buta.
Tak nampak warna..selain hitam.
Setiap langkah bukan aku mahu
kerana apa yang aku mahu bukan melangkah.
Aku mahu di sini.
Duduk menanti hadir kau , mereka.
Duduk di daerah ini
daerah sendiri.





Tiada khabar

   

      Hari ini sama lagi. Tiada khabar dari RHB bank untuk panggilan masuk kerja. Runsing? otak kalau di jadikan untuk berperang , lama dah aku hantar otak ni ke Israel. Kusut dah jadi sebahagian aku. Sungguh aku menyesal pulang Malaysia. Menyesal ;baca dengan tonasi tinggi.

     Ok, ayuh baca cerita aku. Aku tak punya ramai kawan. Lepas sekolah terus ke Pulau Pinang. 3 tahun belajar jadi perantau. Segalanya aku belajar di sana. Segala pelusuk Pulau Pinang dah aku masuk. Lepas 3 tahun pulang ke Bangi. Petik gitar beberapa tahun. 2007 timbul rasa ingin mengaji. Diploma IT dah aku selesaikan. Macam2 jadi selama tu. Kena tinggal dengan teman. Pulau , keji , maki semua dah rasa. Musik bikin aku bersahabat dengan dadah. Sampai 1 tahap aku rindu dengan barang tu. Aku mula hilang teman. Selepas pembedahan kepala(tumor) aku makin rosak otak. Dan makin rosak makin aku hilang semua. Sunyi? Dah lali. Mungkin ini balasan untuk orang yang terlalu agungkan kesunyian macam aku. Jerat dadah aku tak boleh lari. Paling aku ingat gig di MCPA , sedang beraksi , crowd menjerit2 melaungkan aku penagih. Itu gig terakhir aku. Aku bawa diri. Cari mana punca rindu dadah. Aku lari ke seremban. Lari dari rindu tu. Seminggu cukup untuk aku sucikan semula badan ni dari dadah. Demam,menggigil,berbuih mulut semua tu aku dah rasa waktu proses hilangkan rindu. Tak ada teman yang bantu. Semua aku sendiri.


      Lepas hilang rindu. Aku mula jadi manusia. Cari jalan pulang. 2010 aku mula bekerja di kilang baja dan racun di Nilai. Tak sampai setahun bekas penagih ni di naikkan pangkat. Research Assistant bagaikan langkah baru yang aku sendiri raikan tanpa teman2.


   **Maaf.jiwa kusut. aku kena berhenti.Esok dengan izin Nya aku sambung.



 

Sunday, 31 July 2016



  Aku Adi. Keinginan aku di sini utk bercerita tentang pengalaman hidup aku selama setahun di bumi ostrali ; baca AUSTRALIA. Tapi sebelum itu , molek kalau aku menulis dahulu tentang siapa aku , hidup dan mati. 

  Tahun 2016 genap aku 33 tahun. Seorang dewasa yang belum cukup tua. Lahir di Kuala Lumpur dan membesar di Bandar Baru Bangi , daerah tak lagi sulit untuk orang kebanyakan. Tak pernah capai cita-cita dan tak punya impian hidup. Dan aku seorang yang pernah berkahwin lalu bercerai. Pernah sakit dan masih sakit. Sakit yang pada aku kritikal. Punya ibu bapa seperti kalian. Yang mahu kain putih di warnakan mengikut citarasa mereka sendiri. Sudahnya , aku hanya punya 1 warna,HITAM.
   
    Aku membesar tak seperti kalian yang punya ramai teman dan saudara. Keluarga aku dari kelas bawahan. Abah dan mak bekerja untuk kerajaan yang tak pernah pun berkhidmat untuk kami sekeluarga. Minatku pada musik. Musik bikin aku ghairah dan musik bikin aku musnah. Nanti aku tulis dengan jelas semuanya. Kerana sekarang jam 11:43malam. Esok aku mahu bangkit awal untuk naik ke broga. Dan waktu ini sehingga tahun depan , aku sedang menanti seorang perempuan yang aku sudah sangkut teruk untuk pulang dari Ostrali. Esok ketemu lagi .

**di setiap hujung post , aku lekatkan sekali potret2 yang pernah aku rakamkan.