Aku Adi. Keinginan aku di sini utk bercerita tentang pengalaman hidup aku selama setahun di bumi ostrali ; baca AUSTRALIA. Tapi sebelum itu , molek kalau aku menulis dahulu tentang siapa aku , hidup dan mati.
Tahun 2016 genap aku 33 tahun. Seorang dewasa yang belum cukup tua. Lahir di Kuala Lumpur dan membesar di Bandar Baru Bangi , daerah tak lagi sulit untuk orang kebanyakan. Tak pernah capai cita-cita dan tak punya impian hidup. Dan aku seorang yang pernah berkahwin lalu bercerai. Pernah sakit dan masih sakit. Sakit yang pada aku kritikal. Punya ibu bapa seperti kalian. Yang mahu kain putih di warnakan mengikut citarasa mereka sendiri. Sudahnya , aku hanya punya 1 warna,HITAM.
Aku membesar tak seperti kalian yang punya ramai teman dan saudara. Keluarga aku dari kelas bawahan. Abah dan mak bekerja untuk kerajaan yang tak pernah pun berkhidmat untuk kami sekeluarga. Minatku pada musik. Musik bikin aku ghairah dan musik bikin aku musnah. Nanti aku tulis dengan jelas semuanya. Kerana sekarang jam 11:43malam. Esok aku mahu bangkit awal untuk naik ke broga. Dan waktu ini sehingga tahun depan , aku sedang menanti seorang perempuan yang aku sudah sangkut teruk untuk pulang dari Ostrali. Esok ketemu lagi .
**di setiap hujung post , aku lekatkan sekali potret2 yang pernah aku rakamkan.